Isnin, 15 April 2019

Kenapa anda kena elakkan restoran PORK FREE or LARD FREE atau ALKOHOL FREE?

Salam,
Anda pernah ternampak restoran letak papan tanda macam yang saya state kat atas? Anda pernah masuk dan makan tanpa was-was? Atau makan dulu dosa belakang kira? ;)

Meh saya citer sikit supaya uols bole clear lagi....

PORK, LARD FREE:

Naper owner restoran letak sign ni? First untuk mereka ( bukan Islam) yang memang x makan benda ni dengan pelbagai alasan seperti alergik daging ni, memang x suka makan disebabkan bau hamis dan sebagainya, vegetarian ke dan kalau ada side customers contohnya orang Islam yang jenis bersangka baik ni then it's a bonus. Manyak untung maa..

Kalau pork free bebas unsur babi ke? Tak sayangku...hihi...sebenarnya kalau restoran tu tak ada daging tu atau pork. Tapi unsur lain still ada. Contohnya lemaknya ( LARD), tulangnya juga salah satu bahan memasak yang penting.ok buat aper dengan lemak? Ni antara bahan memasak yang penting. Biasanya di masukkan ke dalam kuih-kuih tradisional diaorang kira macam minyak sapi lah lebih kurang. Contohnya kuih bulan atau moon cake. Saya selalu melayari blog yang menyediakan resepi asli sesuatu masakkan. Jadi untuk kuih bulan LARD digunakan semasa nak bulat-bulat kan inti kuih bulan. Biasanya benda macam ni jarang di masukkan ke dalam senarai bahan resepi. Tahu-tahu inti tu elok terletak dan tak lerai kan? Pastu kuih-kuih tradisional lain pun sama turut dicampur bahan ni semasa pembuatannya.itu bukan satu kesalahan sebenarnya sebab itu makanan mereka. Kita yang perlu tahu dan jaga agama kita sendiri. Ada juga digunakan untuk menggoreng sayur supaya sedap.so,kalau kata makan nasi n sayur saja kat restoran diaorang ni still tak selamat . Haram pendek citer. Faham ke faham??ok bijak!
Next,kalau takde LARD, pork dah selamat? Tak jugak. Unsur tulang pulak...tulang ni macam air rebusan tulang lembu lah sebab sedap untuk dijadikan asas atau base kuah. Jadi kalau makan yang jenis berkuah ke contoh mee jenis seafood ke jangan lupa soup basenya  mungkin mengandungi tulang makhluk Allah yang satu ni.huhu..
Selain itu apa-apa jeruk biasanya di letakkan tulang benda alah ni. Kebaikannya saya tak berapa pasti mungkin untuk ketahananya...biasa makan sayur jeruk??? Haa....lepas ni hati-hati!!
Ni cover semua restoran non-halal tau termasuklah restoran Korea! Minat K-pop boleh tapi kalau suka sangat makananya Google jer resepinya n cuba masak sendiri. Sekarang ada jugak bahan masakkan dari Korea yang dah halal.ataupun anda perlu kreatif untuk tukarkan dengan bahan halal tempatan.jaga makanan kita,kerana ia membentuk hati.

ALKOHOL FREE....

Sebenarnya apa maksud owner restoran dengan alkohol free? Bebas dari minuman beralkohol ke atau masakkan tidak di masukkan alkohol? Tricky Kan??
Kalau alkohol free lard n pork free x? Kalau LARD n pork free alcohol free x? Okay let say anda nak makan di restoran jepun yang makanannya kebanyakannya seafood dan benda-benda biasa tapi tahukah anda kebanyakkan sosnya adalah wine base. Kalau takde masalah ni kenapa sikit sangat restoran Jepun yang halal? Wine ni setahu saya ada jugak chef yang tukar dengan jus buah anggur biasa tapi tak pasti dari segi rasa sama ke tak.satu lagi sake atau arak beras.kira penyedap dalam kebanyakan masakan Jepun dan korea.tapi untuk Korea kalau tak silap namanya lain.

TAPI,
Above all of this matters....
Kalau kita nak makan di restoran-restoran ni adakah peralatan memasaknya suci dari najis berat ,kalau tak kat situ dah fail, Wallahualam....
Jaga makan, jaga hati... insyaallah Allah sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan