Rabu, 24 April 2019

Analisis hati: Sakiti hati isteri? Pernah buat?


Salam,
Pernah sakiti hati isteri? No Komen...biasa topik hak mentaati suami dan lain-lain. Kali ni saya nak bincang topik yang jarang diperkatakan dan biasanya diambil mudah oleh seorang insan bergelar suami. Tak semua ya...kenapa tak kisah? Ego? Terasa diri sempurna atau isteri didepan mata sudah tak bermakna lagi...tengah mengandung pun kena cerai...jom baca artikel ini semoga bermanfaat.

Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

Dalam kehidupan berumah tangga, biasalah itu jika terjadinya permasalahan, salah faham, atau perbezaan pendapat. Namun, tahukah anda tentang apa hukumnya jika seorang suami itu membuatkan isterinya menangis?
Hari ini, kami akan mengupas tentang hukum membuat isteri menangis dan dosa suami menyakiti istri.
Kupasan ini bukanlah untuk menyalahkan pihak suami semata-mata, sebaliknya ia bolehlah dijadikan panduan dan renungan dalam kehidupan berumah tangga.
Ini kerana dalam perkahwinan, seorang suami wajib melindungi, menjaga, dan menafkahi isterinya. Justeru apabila suami membuatkan isteri menangis, dia sudah melakukan dosa suami menyakiti istri.

Apa itu dosa suami menyakiti isteri?

Mungkin tanpa suami itu sendiri sedar, ramai yang telah menyakiti hati isteri dan membuatkan isteri itu menangis.
Cuma ada suami yang memang betul-betul tak nampak atau “buat-buat” tak nampak. Tapi adakah ia dikira sebagai dosa suami menyakiti istri?
Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi
“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu.
Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”
Surah ini menjelaskan bagaimana para suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.
Sebuah lagi hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri ada menyebut
“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada Allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada Allah SWT, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka.
Jika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah SWT akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”
Hal ini bermaksud dosa suami menyakiti istri dan hukum membuat isteri menangis ialah haram.
Jadi sebagai suami, apabila berbuat sesuatu, jauhilah tangisan dari isteri. Kerana tangisannya itu akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menyebabkan dosa suami menyakiti istri.
Dosa suami menyakiti istri – rezeki akan berkurangan…
Hal ini dibuktikan sendiri dengan pelbagai fenomena dan kejadian yang melibatkan cabaran pasangan suami isteri dalam berumah tangga.

Seorang suami yang bernama Nazim sempat berkongsi bagaimana dosa suami menyakiti istri ini mampu mengurangkan rezekinya. Semuanya kerana suami sengaja membuatkan isterinya menangis.
Ikuti luahan Nazim berikut:
*****
 Semalam aku jumpa seorang kontraktor yang jujur dan rajin. Aku terkesima mendengar ceritanya.
Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Kejujuran yang bagaimana? Beliau mengatakan betapa penting kejujuran pada keluarga dan kerja yang menghalalkan rezekinya.
Kejujuran pada keluarga dengan menjaga isteri atau ibu bapa kita dengan jujur. Percayalah Allah itu adalah segala-galanya.
Beliau juga tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada Allah dan isterinya. Kata beliau, semuanya dari Allah, asalkan kita jujur dan melakukan yang terbaik.
Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah lekang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Kata beliau, semua ini berkat doa isterinya juga.

Setiap kali selepas solat, isterinya itu tidak pernah berhenti mendoakan ibu bapa, ibu bapa mertua dan suaminya. Oleh sebab Allah sayang pada isterinya, dia mengurniakan rezeki pada mereka, pada anak-anak.
Sebab itu beliau sentiasa menjaga hati isteri. Beliau jujur dengannya. Beliau berkhidmat pada keluarga mertua.
Satu ayat yang paling aku tak boleh lupa ialah
“Siapa yang sakitkan hati isteri memang Allah tak bagi hidup yang berkat. Tak berjaya. Wanita ini amanah dan anugerah Allah. Mereka siang malam berjaga dan berkorban untuk keluarga. Jagalah Bidadari ini.
Hal ini buat aku terfikir, ramai orang ingat duit hanya boleh datang jika kita bekerja siang dan malam. Rezeki mungkin lebih melimpah ruah jika kita pandai, cantik dan glamor.
Tapi kita lupa erti bersyukur. Kita lupa ada orang yang memiliki semuanya pun tidak cukup bahagia.
Kita lupa nak menghargai isteri. Kita lupa nak pandang anak kita. Kita lupa nak menghormati ibu bapa.
Hakikatnya semua dari Allah. Jika kita berbuat baik pada ibu, ayah dan isteri kita, nescaya kita akan dikasihi dan disayangi
Allah.

Kredit untuk: my.theasianparent.com

Rabu, 17 April 2019

Disclaimer

Disclaimer:

Semua gambar di dalam blog ini mempunyai hakcipta masing-masing. Sebarang komen yang dibuat oleh orang awam tidak mewakili blog ini dan di bawah tanggungjawab masing-masing.Terima kasih.

Hubungi kami:

Hubungi kami:




E-mail: zuccaresources@yahoo.com




Selasa, 16 April 2019

Resepi makan tengahari mode cuti 2

Macaroni cream soup

Bahan-bahan:

1) 1 paket makaroni (rebus dengan 2sdb minyak masak dan garam)
Kemudian toskan.
2) Buat mushroom soup macam resepi masakan makan pagi mode cuti 1.

Cara-cara:

Campurkan makaroni ke dalam mushroom soup tadi dan hidangkan.

Resepi makan tengahari mode cuti 1

Speghati medina


Bahan-bahan:

1 paket speghati (rebus dengan 2 Sdb  minyak masak dan 1 sdb garam) toskan

4 ulas bawang putih di ketuk
3 sdb butter untuk menggoreng
Daging lembu didadu secukupnya
Satu tin besar tomato puree
1 sdt serbuk lada hitam
Sedikit Oregano ( tak wajib)
Gula dan garam secukupnya

Cara-cara:

1) panaskan butter n tumis bawang putih yang diketuk tadi ( boleh di keluarkan selepas garing).
2) masukkan daging kiub tadi kacau
3) masukkan satu tin tomato puree Dan kemudian sukat 2 tin lagi air kosong menggunakan tin tomato puree tadi.
4) Masukkan Oregano, black pepper, garam n gula secukupnya.
5) masak hingga kuah pekat.
6) sedia untuk dihidangkan.



Isnin, 15 April 2019

Kenapa anda kena elakkan restoran PORK FREE or LARD FREE atau ALKOHOL FREE?

Salam,
Anda pernah ternampak restoran letak papan tanda macam yang saya state kat atas? Anda pernah masuk dan makan tanpa was-was? Atau makan dulu dosa belakang kira? ;)

Meh saya citer sikit supaya uols bole clear lagi....

PORK, LARD FREE:

Naper owner restoran letak sign ni? First untuk mereka ( bukan Islam) yang memang x makan benda ni dengan pelbagai alasan seperti alergik daging ni, memang x suka makan disebabkan bau hamis dan sebagainya, vegetarian ke dan kalau ada side customers contohnya orang Islam yang jenis bersangka baik ni then it's a bonus. Manyak untung maa..

Kalau pork free bebas unsur babi ke? Tak sayangku...hihi...sebenarnya kalau restoran tu tak ada daging tu atau pork. Tapi unsur lain still ada. Contohnya lemaknya ( LARD), tulangnya juga salah satu bahan memasak yang penting.ok buat aper dengan lemak? Ni antara bahan memasak yang penting. Biasanya di masukkan ke dalam kuih-kuih tradisional diaorang kira macam minyak sapi lah lebih kurang. Contohnya kuih bulan atau moon cake. Saya selalu melayari blog yang menyediakan resepi asli sesuatu masakkan. Jadi untuk kuih bulan LARD digunakan semasa nak bulat-bulat kan inti kuih bulan. Biasanya benda macam ni jarang di masukkan ke dalam senarai bahan resepi. Tahu-tahu inti tu elok terletak dan tak lerai kan? Pastu kuih-kuih tradisional lain pun sama turut dicampur bahan ni semasa pembuatannya.itu bukan satu kesalahan sebenarnya sebab itu makanan mereka. Kita yang perlu tahu dan jaga agama kita sendiri. Ada juga digunakan untuk menggoreng sayur supaya sedap.so,kalau kata makan nasi n sayur saja kat restoran diaorang ni still tak selamat . Haram pendek citer. Faham ke faham??ok bijak!
Next,kalau takde LARD, pork dah selamat? Tak jugak. Unsur tulang pulak...tulang ni macam air rebusan tulang lembu lah sebab sedap untuk dijadikan asas atau base kuah. Jadi kalau makan yang jenis berkuah ke contoh mee jenis seafood ke jangan lupa soup basenya  mungkin mengandungi tulang makhluk Allah yang satu ni.huhu..
Selain itu apa-apa jeruk biasanya di letakkan tulang benda alah ni. Kebaikannya saya tak berapa pasti mungkin untuk ketahananya...biasa makan sayur jeruk??? Haa....lepas ni hati-hati!!
Ni cover semua restoran non-halal tau termasuklah restoran Korea! Minat K-pop boleh tapi kalau suka sangat makananya Google jer resepinya n cuba masak sendiri. Sekarang ada jugak bahan masakkan dari Korea yang dah halal.ataupun anda perlu kreatif untuk tukarkan dengan bahan halal tempatan.jaga makanan kita,kerana ia membentuk hati.

ALKOHOL FREE....

Sebenarnya apa maksud owner restoran dengan alkohol free? Bebas dari minuman beralkohol ke atau masakkan tidak di masukkan alkohol? Tricky Kan??
Kalau alkohol free lard n pork free x? Kalau LARD n pork free alcohol free x? Okay let say anda nak makan di restoran jepun yang makanannya kebanyakannya seafood dan benda-benda biasa tapi tahukah anda kebanyakkan sosnya adalah wine base. Kalau takde masalah ni kenapa sikit sangat restoran Jepun yang halal? Wine ni setahu saya ada jugak chef yang tukar dengan jus buah anggur biasa tapi tak pasti dari segi rasa sama ke tak.satu lagi sake atau arak beras.kira penyedap dalam kebanyakan masakan Jepun dan korea.tapi untuk Korea kalau tak silap namanya lain.

TAPI,
Above all of this matters....
Kalau kita nak makan di restoran-restoran ni adakah peralatan memasaknya suci dari najis berat ,kalau tak kat situ dah fail, Wallahualam....
Jaga makan, jaga hati... insyaallah Allah sayang....

Rabu, 10 April 2019

Roti Elmo??

       Resepi Roti Elmo:


Bhn2:

1 pack roti gardiner
3 biji telur rebus
1 sdt black pepper powder
Mayonis zuza secukupnyer

Cara2:

- hancurkan telur rebus dgn sudu.
- campur mayonis secukupnya biar nampak sekata (sama byk)
- masukkan serbuk black pepper
- sapu pada roti n potong empat atau boleh dimakan tanpa dipotong kcil2...

Siap...cepatkan? Roti ni ank2 sy nmkan roti elmo sbb Elmo mkn dlm siri elmo's world. Ms kecik sukelh klu skrg ckp roti elmo gelak jerr....




Selasa, 9 April 2019

Resepi makan pagi mode cuti I

          Mushroom soup Xpress Medina


Bhn2:

1 tin button mushroom dipotong2
1 tin susu cair saji
2 Sdb butter utk menumis
4 ulas bwg putih di ketuk
Semangkuk kecik dgg aym dipotong kiub
1/2 cwn tpg gandum 
2 btg sosej ramli dipotong2
Serbuk black pepper secukupnya
Grm n gula secukupnya

Cara2:

1) pnskan butter
2) tumis bwg putih
3) masukkan ayam n sosej 
4) masukkan susu cair 1 tin
5) sukat 2 tin air dan masukkan ke dlm periuk
6) masukkan tepung ke dalam tin susu yg sama n tmbah air sehingga penuh larutan ( utk perkatkan kuah)
7) lastly letak gula,grm n black pepper secukupnya.
8) bila kuah pekat tutup api

Alhamdulillah...brape minit siap??






Resepi makan pagi mode cuti 2

Salam, pergi bercuti breakfast aper? Saya biasanya liat sikit nak Keluar breakfast kalau dalam mode vocation..so mulalah buat breakfast 2 minit asal kenyang...nak beguru??;)...


     Sandwich Xpress Medina;

Bahan2:

1) Roti Gardiner - 1 pack
2) sardin Yuya - 1 tin kecik
3) Mayonis zuza - secukupnya
4) Garam bukit Adabi - secukupnya
5) Black pepper - sedikit

Cara2:

#masukkan sardin
#mayonis
#garam
#black pepper
#gaulkan semua bahan dan hancurkan menggunakan  senduk/ apa2
#pastu sapu pada roti n potong bentuk 3 segi
*Saper2 suka sayur letak jer macam gambar..
Done.... alhamdulillah....

*Semua produk yg medina cdgkn tu keluaran muslim halalan toyyiban...
Kalau ada soalan angkat jer tangan...jangan memalu...

Selasa, 2 April 2019

Break away....


Assalam,
Pernah x kita as parents terfikir how stress is our kids nowadays? Dgn silibus yg mencabar, persekitaran yg x membantu dan jadual hidup yg padat. Tuisyen, sekolah sampai petang dan lain2. So, pada saya bercuti amat penting pada kita semua yg hdp in a very busy world. X kiralh mcmna pun blk kg Salah satu cara. Klu yg mampu bolehlah bwk fmly dok hotel ke homestay ke. Tp to be smart cari yg tgh buat offer lah n dlm ms yg sama anda skluarga bole enjoy...

Kadar bilik

Pada amnya harga bagi medina muslims homestay adalah:

Weekday (isnin-jumaat) - RM180/day
Weekend (sabtu-ahad) - RM220/day
Public holiday - RM250/day

Harga2 Ni biasanya x fix sbb biasanya sy akan buat offer pada i.g n FB page atau FB advertising. Kdg2 offer sampai Rm500/3 days atau Serendah Rm300/ 2 days tapi limited time lh.

Cuma setiap bln limited utk first 3 guests jer DPT offer low samada rm500/3 days tu atau rm300/2 days tgk yg mn yg sy akan offer.

Follow i.g saya: my_instylo
              FB saya: instylo

Untuk more offers;)

Kenapa Muslims Homestay??

Assalamualaikum...
Knaper sy pilih utk jadikan homestay saya muslims homestay? Sebab... Saya nk org Islam X Rasa was2 masa menginap di homestay saya. X was2 masa nk solat, x was2 ms nk msk mknn utk keluarga dan yg paling penting xde bnda yg myebabkn ibadah kita trganggu...memang boleh mengenakan pelbagai syarat no non-halal food, no alcohol Dan lain2 tapi sejauh manakah peraturan ini di turuti. Wallahualam....
Homestay saya juga dihias dgn poster2 islamik sebagai tanda ingat-mengingati sesama kita terutamanya diri saya sendiri. Bercuti sepatutnya memberi lebih ruang utk kita mengingati Allah, kagum dgn alam indah ciptaan Allah, subhanallah...




Eh...Ni view dari medina homestay Ker??